Jiwaku Kosong : Part 6

Part 6
 "Qira, mana Aunty letak kordial oren?" tanya Aiman pada Qira yang masih lagi tercongok didapur. Orang lain semua dah balik rumah, nak prepare untuk majlis malam esok. Maklumlah majlis yang diadakan ni gilang-gemilang, siap diadakan di hotel lagi. Dah tempah dah pun satu bilik untuk pasangan Raja Sehari itu.

    Mata Qira mencerlung memandang Aiman, "Woit, kau baik tukar panggilan Aunty kepada Mama. Mau along tegur kau kang. Along tu dah lah garang," ayat terakhir Qira membuatkan dia rasa sedikit gerun. Dengan malasnya dia tukar panggilan itu,

   "Hmm.. Mama ku sayang intan payung letak mana ya kordial tadi? Saya tanya awak tau adik ipar kesayangan ku berlian bertatah tujuh atas platinium," itulah perangai Aiman sejak kecil, bila orang tegur je mesti berloyar buruk. Mana tak nya dia memang tak suka orang yang main-mainkan dia, tegur benda yang tak berapa dia suka and everything beyond it.

   "Hmmm... Iyalah kakak ipar kesayangan ku yang baru tak berapa jam kahwin dengan abang. Mama kesayangan intan payung hamba letak kordial tu dekat atas almari tu.... Hati- hati sikit. Almari tu tinggi. Carilah apa-apa nak panjat, kat dapur ni tak de kerusi, bye. I want to sleep," Qira melambai tangannya seraya berlalu pergi ke bilik miliknya.

   Aduh, Qira ni pun satu. Tolonglah aku. Macam mana aku nak capai benda-benda tinggi. Adus, dah tau aku ni pendek, dia tinggi tolonglah.Bermacam-macam sumpah seranah dilemparkan kearah Qira, yang sempat lagi melambaikan sebelum hilang daripada pandangan mata. Sambil-sambil itu, mata dia meliar mencari kalau-kalau ada tangga berhampiran. Fuh, nasib baik ada tangga kecil, dicapainya tangga itu lalu dibawa ke kabinet dapur.

  Adui, susah pulak nak ambik ni. Jauhnya mama letak. Hmm, nasiblah. Mereka ni ada gen tinggi. Semua tinggi-tinggi. Saat dia dapat memegang kemas botol kordial itu, kakinya sedikit licin dan tergelincir kebawah. Mau dia meraung kat situ, tapi nasib badan lah. Mana ada orang kat dapur. Dia meneruskan niatnya untuk membuat air oren buat suami. Hmm. Air tangan pertama kali diberikan kepada suaminya itu.

  Saat dia ingin membawa naik air yang dipesan Sang Suami , baru dia perasan kakinya terasa sedikit pedih akibat terseliuh tadi. Namun, digagahkan juga kakinya mendaki tangga yang agak tinggi itu.

Hampir setengah jam Aiman meninggalkan Megat Erik Dzafri keseorang di bilik.

   Tanpa melengahkan masa dia terus mencari Aiman. Namun, apabila terlihat Aiman jalan terhincut-hincut kearahnya dia seakan-akan kaku. "Aiman, what's wrong?" Dia terus mengambil air oren yang dibuat oleh Aiman sambil memapah Aiman kembali ke bilik mereka.

"Aiman, nape ni? Tunggu jap. Along amek ubat untuk sapu pada kaki, Aiman. tunngu eh. Tak pun tidur dulu," boleh pula Along suruh dia tidur dulu, nak pergi ambil ubat. Padahal ubat ada dalam cermin bilik air tu.
 
  Beberapa minit kemudian, Along datang dengan minyak urutnya itu., "Meh sini, kaki. Along nak sapukan ubat." depagang kemas kaki kecil Aiman itu. Nak dimarahnya tak boleh pulak sebab orang tu tengah buat baik.

  Disapukan ubat  pada buku lali Aiman yang terseliuh itu. "Auch. Ahh. Ahh," Aiman mengerang kesakitan, mana tak sakitnya kalau sebelah buku lali lemam lagi sebelah bengkak. Aduh, masaklah dia nak berjalan sapa orang esok malam.

  "Tulah, dah tidur aje," perlahan-lahan diurutnya kaki Aiman itu. Kelembutan urutan Along membuatkan Aiman terus dibuai mimpi. Namun, sempat pula dia mengigau suruh Along minum air itu, "Along, jangan lupa minum air tu. Aiman sayang Along." walaupun Aiman berkata dengan perlahan namun sempat Along menangkap ayat yang disebut Aiman itu.

   "Abang pun sayang Aiman."


******************

   Aiman menurunkan kakinya dari katil dan bangun untuk menuju ke tandas. Namun, dia sempat berpaling melihat siapa yang tidur disebelahnya malam tadi. Terkejut beruk dia apabila terlihat Along di sebelahnya. Saat  itu dia sedang berdiri terus terjatuh. Kalau kakinya tidak sakit munkin dia akan berlari. Tapi paham-pahamlah kakinya macam mana.

   Dia lihat pula baju yang dipakainya. Prgghh. Dah tukar jadi pijama dia dah. Tudung pun entah dah melayang ke mana pun tak tahu. Sejak bila pulak aku tukar baju dengan buka tudung ni? Entah-entah, along yang tukar.

   Terus Aiman meluru masuk ke tandas, dibawanya sekali baju untuk ditukar. Saat daun pintu itu ditutup, bunyi dihempas kuat sedikit terdengar. Terbangun Along dari tidur lenanya. Apakehal pulak budak ni main hempas-hempas pintu.

  Terlihat pula baju kurung pengantin Aiman yang ditukarnya semalam di atas bakul pakaian. Ooo. Itu ke sebabnya. Along terketawa kecil. Apalah. Itupun nak marah. Sambil menunggu Aiman habis mandi, dia mengambil novel Englishnya untuk dibaca. Sedang leka dia membaca, tidak perasan pula Aiman sudah kel dengan hanya bertuala. Mau tak terkejut Aiman apabila melihat Along tersengih macam kerang busuk.

   Terus dibaling kain lap kaki ke muka Along, "Pervert!" Terus dia berlari ke dalam bilik air balik. Nak tergelak Along tengok perangai Aiman yang macam nampak hantu tu.







bersambung --> Jiwaku Kosong : Part 7
Post a Comment

Popular posts from this blog

Interview Part 1

Rezeki < 3

Uyul Rosli 1st Giveaway