Jiwaku Kosong : Part 5

Part 5
Di wad VIP, kelihatan Puan Daliah terbaring lesu sambil melihatnya. Pandangan redup yang mampu membuat hatinya serba salah. 'Ya Allah, apa terjadi ni. Apa Aunty nak dengan Aiman sebenarnya.'

Kelihatan wanita itu memanggilnya supaya menghampirinya. Mereka dikelilingi dengan family Aunty. Along, Angah. Nasiblah Qira tiada disini. Hanya Qira yang memahaminya, hatinya kini berasa cuak. Tidak tahu sebab apa.

"Aunty sebenarnya nak tanya kamu, Iman. Iman ada sesapa yang special tak dalam hidup?" Puan Daliah memandangnya dengan pandangan redup.

Puan Daliah meneliti setiap inci wajah Aiman. 'Ya Allah, cantiknya anak kau, Dik.'

Aiman menjadi tidak keruan apabila mendengar ayat yang diperkatakan Puan Daliah itu, " Tiada, Aunty. Kenapa? "

Puan Daliah kembali  melihatnya dengan pandangan redup, "Sebenarnya, ni bukan permintaan Aunty. Ni permintaan mama Iman. Kalau boleh Aunty memang tak nak tanya kamu, tetapi ni amanah mama Iman."

Kelihatan Aiman agak terkejut mendengar berita tentang mamanya. Aiman pasti yang dia sebenarnya tidak tersalah dengar. 'Mama??!!' Kelihatan semua orang disana juga terkejut.

Namun, lagi mengejutkan apabila Puan Daliah sambung berkata, "Mama kamu mahu kamu berkahwin dengan anak Aunty." Ayat Puan Daliah menampar gegendang telinga Aiman.

Dia terasa seperti tersilap dengar. Dia turut melihat keadaan sekeliling yang seperti terkejut jua dengan keputusan Puan Daliah.

"Seriusly ke Aunty, ni mama yang cakap?" tanya Aiman seperti tidak percaya. Puan Daliah meandang wajah mulus anak Adiknya. ' Why did you put this thing onto me? You're making me feel like selfish, Adik'

"Yes, your mom wants you to marry my son. Along, along ada sesiapa special ke?" tanya Puan Daliah, membuatkan Aiman, Along dan Angah terkejut. 'Kenapa Along?' getus hati Angah dan begitu juga hati Aiman.

"Along  tak kisah mama," kata Along dengan hati yang tenang.

"Hmm.. Baguslah, mama Aiman kata kalau boleh nak biar Aiman kahwin secepat mungkin and mama aturkan supaya kamu kahwin dalam masa dua bulan," ujar Puan Daliah seraya menggenggam tangan Aiman.

"Aiman kena tahu setiap inci arahan ibu adalh wajib dibuat. This is your mother's instruction. She asked me to say it to you. Dia kata dia minta sangat Aunty kahwinkan kamu supaya ada orang nak jaga kamu disini. Lagipun, dia tidak dapat balik dalam jangka  masa yang terdekat."

Aiman hanya mengangguk akur. 'Ya Allah, lagi dua bulan aku akan jadi isteri orang'.


***************



"Iman, aku dengar kau dah nak kahwin dengan Along aku? Betul ke?" soal Qira. Lama betul dia kerja kat luar negara sampai berita macam ni pun dia terlepas. Tup-tup mama call bagitau Along nak kahwin. Cepatnya jodoh dia ni..

Aiman memandang lama telefon IPhone 6 Plus, kemudian menjawab persoalan yang berada di fikiran Qira," Yup, i'm gonna marry your bro. Actuallly, just asking what's your brother actual name? Aku tak tahu."

Qira terdiam lama kemudian memecahkan kesunyian, gelakan yang kuat dari telefon membuatkan dia terasa nak cekik-cekik budaknya kalau ada depan mata. "You really does not know my bro's name? What a world? Kau tau tak dia ada ramai peminat, siap tau dfavourite dia bagai. Kau?" Qira tergelak kuat.

Kemudian dia menyambung, " His name is Megat Erik Dzafri. He is 27 year old and working as an architect. What else did you need to know?" tanya Qira sekadar ingin memabantu.Dah lah kahwin dengan abang aku. Dia mana pandai bergaul dengan laki sangat. Kesian kau Iman.

"His favourites? Probably like foods, colours and includes his dislikes," ujar Aiman. Dia sekadar ingi tahu biasa-biasa tentang lelaki itu. Maklumlah dia bukan jenis sosial sangat.

Mereka terus berborak sehingga larut malam, walhal di tempat Qira baru petang.


**********

Kini, sudah menjakau satu bulan setengah dan lagi dua minggu sebelum Aiman diijab kabul. Semua persiapan dan hantaran telah siap mereka hias. Tambahan pula, Qira baru balik dua minggu lepas. Jadi dia meminjam kudrat Qira untuk menolongnya menghias semua persiapan.

Kini, hanya tinggal Qira dan Aiman diruang tamu. Mereka sibuk berbual sehingga tidak sedar ada mata yang memerhati mereka dari jauh.

'Aiman, kenapa kau kena kahwin dengan Along? Kau tidak ada rasa nak menolak ke' Angah berjauh hati dengan sikap Aiman, walhal dia tau tidak mungkin Aiman ada peresaan terhadapnya.

Mereka hanya tergelak-gelak.


***************


Semua persiapannya telah siap dibuat, nampaknya esok Aiman akan sah menjadi isteri along a.k.a. Megat Eric Dzafri. Aiman terasa seperti tidak boleh tidur. Dia memegang gaun yang diberikan oleh Puan Daliah. Beliau kata itu baju yang mama Aiman pass dari luar negara.

'Nampaknya ibu masih tak lupakan aku,' Aiman menangis sendirian dibalik comforter sambil memeluk kemas gaun tersebut.

' Ibu, kenapa tak datang dekat hari bersejarah Sara ibu. Sepatutnya ibu mesti datang. At least hantar lah wakil,' gumam Aiman seakan-akan tekedu dengan tindakan ibunya yang merelakan dia dikahwinkan dengan sepupunya itu.

Pendingin hawa yang terpasang membuatkan dia dibuai mimpi yang lena.


***************

Mereka sibuk menyiapkan apa yang perlu buat Aiman. Kelihatan Aiman sedang dhias oleh mak andam merangkap sahabat baiknya and sepupunya, Qira.

Qira sibuk menghias muka Aiman yang dia yakin, bahawa Aiman tak pernah mendandan mukanya.

"Iman, nak make up kau nipis ke natural beauty ke apa?" tanya Qira. ' Takut pula aku kalau dia marah aku, tebal sangat ke apa.'

"I don't care at all. I even don't want to put my make up on. But, since kau bertegas dengan aku, make up lah. Tapi biar nampak natural," kata Aiman. Dia malas nak bawa masalah besar. Yang pasti dia memang malas nak make up.

"Tak apa, ini pro yang buatr, hasil mesti tip-top punye," Qira tersenyum.

Selepas dia selesai meletakkan bedak tipis pada muka Aiman, namun apabila ingin mencalitkan ginju yang berwarna seperti agak kemerahan, dia menolak. Qira seakan-akan tahu apa yang Aiman maksudkan.

Kini, dia mengambil bum yang berwarna soft pink. Maklumlah, bibir Aiman sememang nya kelihatan merah. 'Pandai kau jaga bibir kau Aiman.'

"Ni aku letak bum tau, jauh beza dengan bibir kau jadi aku bagi warna soft, siap perisa strawberry lagi kau," Qira tergelak-gelak.

"Okay," hanya sepatah yang dijawab. Setelah Qira siap mencalit bum pada bibir Aiman, dia menilik mukanya. 'Ya Allah, betul ke ni aku' Aiman mengerutkan dahinya. Qira dipandangnya kehairanan.

"What, that's a light make up, kay Iman," jawab Qira sampai menjegilkan matanya.

"I just can't say anything. You have turned me into someone else. I just can't believe that this is me," tutur aiman selembut-lembutnya. Dia bukan apa, dia just terkejut melihat mukanya yang dimake upkan dan nampak natural beauty sangat.

Kemudian, dilihatnya Qira membawa baju yang dihantar oleh ibu Aiman itu. Sangat cantik seperti empunya badan yang akan memakainya.

"Qira, meh sini tolong aku. Aku tak  reti lah nak pakai gaun, gaun bagai," jelas ada riak kerisauan di muka Aiman. Qira hanya menuruti.


*************

" Aku nikahkan dikau dengan Tengku Aiman Qiasara Binti Tengku Samad dengan mas kahwin sebanyak RM 300 tunai" kelihatan Along menggenggam tangan bapa saudaranya dengan kemas.

Along menjawab dengan ayat yang lancar tanpa tersekat-sekat, "Aku terima nikahnya Tengku Aiman Qiasara Binti Tengku Samad dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai."

Semua penonton hanya mengangguk-angguk apabila tok kadi menanyakan kesahihannya.Kini, semua tetamu di dalam rumah Puan Daliah menadahkan tangan, mengaminkan doa.

"Dzafri, kamu naiklah bilik Iman, sarungkan cincinnya," ujar bapa saudaranya itu.

"Baik, pak long."

Along hanya berjalan mendaki tangga dan tiba di bilik Aiman, dia berhenti sebentar. 'Aku ni kenapa? Adus, takut pulak,' gumam hati Along. Dia terus memulas pintu bilik Aiman yang kini sah menjadi isterinya.

Kelihatan Aiman sedang duduk diatas katil sambil memandang tepat muka Along, kemudian melarikan pandangan nya.

"Iman, mulai sekarang Along dah sah jadi suami Iman. Jadi layan dia betul-betul ya nak," ujar Puan Daliah. Along segera menapak kehadapan dan berlutu ingin menyarungkan cincin di jari runcing Aiman.

Dia memegang lembut tangan Aiman. Kemudian menolak lembut cincin yang kini terhias indah di jari Aiman. Kemudian, dia bangun sedikit, membiarkan Aiman menyalamnya seraya dia mencium dahi Aiman.

Dalam tidak sedar, tubir mata Aiman bertakung tidak semena-mena pecah. Dia akui kini dia sudah sah menjadi isteri Along, dan Along ada hak keatasnya. Mereka berdua ditinggalkan dalam bilik bersendirian.

Keadaan yang sangat sunyi dipecahkan dengan suara Along.

" Iman okey?" dia agak bimbang apabila melihat Aiman yang hanya berdiam diri tidak berkutik.

"Ya, okey. So, how am i gonna call you? " tanya Aiman, kelihatan agak keberatan untuk menggunakan panggilan yang sepatutnya tidak asing bagi sepasang suami isteri.

"Let's talk about that later. Emmm... Boleh awak buat kan saya air oren jus tak?" tanya Along.

Terus Aiman bangun turun kebawah membuatkan air bagi sang suami yang sah bagi dirinya.


*************






bersambung --> Jiwaku Kosong : Part 6
Post a Comment

Popular posts from this blog

Interview Part 1

Rezeki < 3

Uyul Rosli 1st Giveaway