Jiwaku Kosong : Part 4

Part 4
"Angah, Iman dah hantar separuh barang kat Along. Ni Along pesan suruh tolong hantar lagi, " kata Aiman.

"Emm.. Kau tolong aku aku angkat. Kalau ada Qira mesti kerja kita lagi senang. Kenapalah dia mesti pindah Sabah," ujar Angah.


*********


Selepas setengah jam memunggah barang,
" Jom pergi," Angah masuk kereta fordnya dan Aiman membuntutinya.

Kereta ford Angah meluncur laju ke apartment papa Qira. Keadaan dalam kereta yang sunyi dipecahkan dengan suara Angah. "Aiman, lupakan apa yang berlaku kat bilik Angah haritu," Aiman terimbas kembali memori mereka di bilik Angah haritu.

"Haishhhh, Iman tak nak cakap pasal tulah. Dah.. Dah.. Tukar topik," kata Aiman.

"Hmm... Aiman kenapa pindah apartment papa. Ada apa-apa ke??" tanya Angah.

"Ha... Yang Angah panggil Iman, Aiman kenapa?" tanya Aiman. "Aik, orang tanya dia balas dengan soalan balik," balas Angah dengan suara sedikit tinggi. Dia sambung balik," Orang bukan apa, tak nak lah ashik sebut Iman, Iman.. So, nak kelainan sikit. Nape, ada masalah?"

"Tak saje tanya je.." dia berhenti bercakap apabila terdengar bunyi smartphone Angah.

"Ha.. Waalaikumussalam..Emm.. Emmm... APAAAA!!!! Haa. Okey, jap orang datang lepas ni..." Angah terus memusingkan stereng keretanya balik kerumah banglo mereka.

"Kenapa Angah, ada apa-apa berlaku ke?" tanya Aiman. Dia berasa agak pelik apabila Angah menjerit.

"Ni Along call, dia kata mama masuk ICU, serangan jantung," kata Angah sedikit sayu.

" Apa.. Bila aunty kena serangan jantung," namun, pertanyaan Aiman dibiarkan tiada jawapan.


**********

Ruang kecemasan agak riuh kerana berlaku kemalangan di satu tempat yang melibatkan sebuah bas dua tingkat dan lori tangki minyak. Separuh daripada penumpang bas sempas diselamatkan namun, pemandu lori dan selebihnya hangus terbakar di tempat kejadian. Polis siasat ini kes
sabotaj.

Aiman hanya nampak Along dan Angah lalu lalang. Megat Shah Ahmad pula hanya menanti dengan perasan risau..

Tetiba, seorang doktor keluar daripada bilik rawatan Puan Daliah. "Em, keadaan Puan Daliah okey, cuma saya nak nasihatkan supaya jangan biarkan dia selalui dengar bunyi-bunyi kuat ni.. Saya bukan apa, takut dia dapat darah tinggi macam sekarang. Sebab dia kena darah tinggi and may lead her to a heart attack," kata doktor muda itu seraya pergi.

Tetiba datang seorang jururawat," Puan Daliah minta semua keluarganya masuk sebab lepas ini, dalam beberapa minit nanti kami akan memindahkan puan ke wad biasa."

'Apalah yang penting sangat sampai Puan Daliah panggil diorang. Ni yang tak sedap hati ni,' getus hati kecil Aiman.

Tetiba, Along menjenguk kepala keluar dan berkata, " Iman, mama panggil sekali.

Aiman terus membuntuti Along ke katil Puan Daliah. Dia memandang sekeliling. Kelihatan Puan Daliah berbaring lemah di katil putih itu. Namun, berkemungkinan Puan Daliah berada sedikit selesa dengan keadaan bilik kecemasan yang mewah itu. Walaupun hanya bilik kecemasan.

"Iman, come here. Aunty, wants to talk to you. It's about our family future. Okay, Iman, do you trust me?" tanya Puan Daliah.

Dia memandang muka gadis itu. ' Ya Allah, kenapa adik aku tak balik-balik ni.. Tak pelah, memandangkan dia dah bagi restu...'

Aiman memandang muka-muka yang berada di dalam bilik itu. Keadaan menjadi sangat sunyi.

Tok-tok-tok... Bunyi ketukan pintu. "Maaf puan, tuan. Saya dan beberapa nurse perlu bawa Puan ke wad biasa. Kalau boleh, keluarga tuan boleh ikut kami dari belakang."

Mereka hanya ikut nurse menolak katil Puan Daliah naik ke wad biasa.
Aiman membuntutinya dari belakang.


***********




bersambung --> Jiwaku Kosong : Part 5
2 comments

Popular posts from this blog

Interview Part 1

Rezeki < 3

Uyul Rosli 1st Giveaway