Posts

Showing posts from 2014

FRAUD ! ALERT !

Image
ASSALAMUALAIKUM Haa.. Ni yang nak cerita ni.... Pasal tajuk kat atas ni.. For the first time piqa terjebak dengan orang macam ni..  Camni citernye..
Dia call kakak piqa pastu tanyalah macam2 kat piqa pasal kakak piqa tulah.. Pastu dia kata lah dia dari CIMB Bank, mana tak piqa percaya bulat2, sebab piqa mana pernah terkena pon.. Pastu dia tanyalah pasal nombor fon kakak piqa..
piqa cakap jelah aah.. tu nombor kakak piqa.. Pastu, dia tanya umur piqa berapa and piqa jawablah..
lepas beberapa hari, piqa tanya kakak piqa balik, dh call ke orang tu.. kakak piqa kata tu sebenarnya fraud..

Ya Allah, angin gilaaaa piqa... Memang kalau orang tu call piqa balik nanti memang piqa kenekan dia bebetul kang...
Okaylah, nak melawat orang baru kat hospital.. bye

Jiwaku Kosong : Part 6

Image
Part 6  "Qira, mana Aunty letak kordial oren?" tanya Aiman pada Qira yang masih lagi tercongok didapur. Orang lain semua dah balik rumah, nak prepare untuk majlis malam esok. Maklumlah majlis yang diadakan ni gilang-gemilang, siap diadakan di hotel lagi. Dah tempah dah pun satu bilik untuk pasangan Raja Sehari itu.

    Mata Qira mencerlung memandang Aiman, "Woit, kau baik tukar panggilan Aunty kepada Mama. Mau along tegur kau kang. Along tu dah lah garang," ayat terakhir Qira membuatkan dia rasa sedikit gerun. Dengan malasnya dia tukar panggilan itu,

   "Hmm.. Mama ku sayang intan payung letak mana ya kordial tadi? Saya tanya awak tau adik ipar kesayangan ku berlian bertatah tujuh atas platinium," itulah perangai Aiman sejak kecil, bila orang tegur je mesti berloyar buruk. Mana tak nya dia memang tak suka orang yang main-mainkan dia, tegur benda yang tak berapa dia suka and everything beyond it.

   "Hmmm... Iyalah kakak ipar kesayangan ku yang baru …

result beb. result!!

ASSALAMUALAIKUM piuwww...  mesti tertanya-tanyakan *yeke??? Kenapa tajuk entry piqa kali ni pasal result.. kalau hang nak tau, ISNIN ini ialah hari keramat bagi pelajar tingkatan 3 dari seluruh negeri di Malaysia... Nak tahu kenapa?? Haa.. This is the reason and the only concrete reason...
nak amek result PT3 Fuhhh, kenapa hati piqa berdebar-debar ni.. Cuak kot, selama kitorang 3 tahun tanpa format sebenar.. Dengan KPM yang kata tak de periksa untuk form 3,  tup-tup hujung bulan Julai 2014 diorang kata kitorang ada periksa tapi kali ni semua subjektif.. Haa...Mana taknya semua pelajar form 3 2014 terkejut.. Bukan setakat terkejut je, sampai terkejut beruk depa suma tu..
time dapat format baru hujung bulan, piqa dengar dari kawan piqa ada budak form 3 berhenti sekolah ramai-ramai.. Haa.. Nasiblah KPM buat kitorang camni.. Tengok sampai ada orang nak berhenti sekolah sebab tak faham apa yang KPM buat ni..
Ni kronologi sedikit...
Form 1- Buat PBS [ ada exam mid-year dengan final  year je]
F…

Jiwaku Kosong : Part 5

Image
Part 5 Di wad VIP, kelihatan Puan Daliah terbaring lesu sambil melihatnya. Pandangan redup yang mampu membuat hatinya serba salah. 'Ya Allah, apa terjadi ni. Apa Aunty nak dengan Aiman sebenarnya.'

Kelihatan wanita itu memanggilnya supaya menghampirinya. Mereka dikelilingi dengan family Aunty. Along, Angah. Nasiblah Qira tiada disini. Hanya Qira yang memahaminya, hatinya kini berasa cuak. Tidak tahu sebab apa.

"Aunty sebenarnya nak tanya kamu, Iman. Iman ada sesapa yang special tak dalam hidup?" Puan Daliah memandangnya dengan pandangan redup.

Puan Daliah meneliti setiap inci wajah Aiman. 'Ya Allah, cantiknya anak kau, Dik.'

Aiman menjadi tidak keruan apabila mendengar ayat yang diperkatakan Puan Daliah itu, " Tiada, Aunty. Kenapa? "

Puan Daliah kembali  melihatnya dengan pandangan redup, "Sebenarnya, ni bukan permintaan Aunty. Ni permintaan mama Iman. Kalau boleh Aunty memang tak nak tanya kamu, tetapi ni amanah mama Iman."

Kelihatan Ai…

Jiwaku Kosong : Part 4

Image
Part 4 "Angah, Iman dah hantar separuh barang kat Along. Ni Along pesan suruh tolong hantar lagi, " kata Aiman.

"Emm.. Kau tolong aku aku angkat. Kalau ada Qira mesti kerja kita lagi senang. Kenapalah dia mesti pindah Sabah," ujar Angah.


*********


Selepas setengah jam memunggah barang,
" Jom pergi," Angah masuk kereta fordnya dan Aiman membuntutinya.

Kereta ford Angah meluncur laju ke apartment papa Qira. Keadaan dalam kereta yang sunyi dipecahkan dengan suara Angah. "Aiman, lupakan apa yang berlaku kat bilik Angah haritu," Aiman terimbas kembali memori mereka di bilik Angah haritu.

"Haishhhh, Iman tak nak cakap pasal tulah. Dah.. Dah.. Tukar topik," kata Aiman.

"Hmm... Aiman kenapa pindah apartment papa. Ada apa-apa ke??" tanya Angah.

"Ha... Yang Angah panggil Iman, Aiman kenapa?" tanya Aiman. "Aik, orang tanya dia balas dengan soalan balik," balas Angah dengan suara sedikit tinggi. Dia sambung balik,&qu…

Jiwaku Kosong

Image
SINOPSIS
' Mama, mana mama ni.. Mama tak sayang Sara ke?? Sara nak mama. Berapa lama mama nak tinggalkan Sara!!! Sara tak boleh tahan' hati Aiman meronta-ronta meminta jawapan.

**********
" Aunty nak Iman kahwin dengan anak Aunty,"  -Tengku Aiman Qiasara Binti Tengku Samad-
'What?? Kahwin dengan anak Aunty?? Sape?? ' hati kecil Aiman meraung-raung meminta jawapan

***********
"Adik, Lia nak tanya akak nak tanya?? Adik nak balik sini bila??? Kesian akak tengok Iman," tanya Puan Daliah.
"Akak, adik nak minta tolong boleh? Boleh tak kahwinkan Iman dengan anak akak. Adik tak rasa adik dapat balik dalam masa terdekat. Abang ada kerja dekat sini, tapi in sha Allah kami cuba balik cepat-cepat. Assalamualaikum," kata adik Puan Daliah.
'Hmmm... Kahwinkan dengan anak akak? Siapa ya' Tiba-tiba Puan Daliah terasa sesak dada.
"Allah, bang-baaanggg," jerit Puan Daliah perlahan lalu pengsan.

**********

"Saya janji akan sayangkan awa…

Jiwaku Kosong : Part 3

Image
Part 3 " A.. Awa.. Awakkk.. Apa awak nak buat ni.. Saya nak balik bilik, " ujar Aiman separuh merayu.

Nak tergelak Angah tengok muka Aiman macam tu..

" Nak takut apa???? Haaa.. Sayaaanggg," saja Angah mendayu-dayukan suaranya.. Geli hati benar melihat keadaan Aiman yang bagaikan cacing kepanasan itu.

"Alaa.. Abang nak buat ni jeee...." dirapatkan mukanya dengan muka Aiman.

"Abaaanggg!!!" jerit Aiman separuh kuat, namun dihentikan jeritannya apabila Angah tergelak.

"Adoi.. Abang nak bagi ubat ni jelah," diambilnya ubat Aiman yang terletak di meja kerjanya.

Aiman terus ambil lalu bergegas ke biliknya sebelum dia terdengar gelakan Angah. Namun, dia dengar sayup-sayup suara Angah.

" Haaahhhahaaa... Haahahaaaaaa.."

********

Di bilik,
"Kuang asam punya lelaki!!! Boleh kau tease aku !!! Argghhhhhhh!!! " dibalingnya anak patung beruang ke pintu bilik. Nasib baik pintu ditutup. Kalau tak, mau digelakkan dengan Angah.

Aiman …

Jiwaku Kosong : part 2

Image
Part 2 "Ma pun tak tahu, Angah. Sebab tu, mama nak angah tolong hantar Iman pergi klinik terdekat. Kalau tak de yang bukak pergi hospital terus," ujar mama Qira memandangkan darah Aiman semakin banyak...
"Aiman, pergi siap. Ikut Angah pergi jumpa doktor. Angah tunggu kat  parking," Angah mencapai kunci keretanya tanpa berlengah.
Sesampai mereka di klinik Dr. Erin, Aiman tiba-tiba pitam.

"Aiman.. Aiman.. Aiman.. Jangan takutkan saya Aiman.. Bangun Aiman!" setelah beberapa kali Angah jerit tapi  tiada respond.

"Ya Allah!!! Aiman, bangn. Jangan takutkan saya lagi, " terus Angah mencempungbadan Aiman yang keding, dibawa masuk ke pintu klinik. "Nurse, tolong saya. Ni sepupu saya, dia luka kat tangan pastu dia tetiba pengsan tadi, " lalu diletakkan diatas katil dan ditolak masuk ke bilik khas.

** 5 minit berlalu**
"Doktor muda keluar dari bilik khas Aiman. "Doktor, macam mana dengan sepupu saya doc," tanya Angah sambil mengh…

Jiwaku Kosong

Image
Part 1

" Ya Allah, Iman!!! Apa awak tengah buat?? Sanggup awak buat macam itu, Iman??" tanya Qira.

"Biarlah, tak de sape sayang aku. Even aku mati sekalipun aku takde keluarga yang nak meratapi aku. Aku tak de orang yang nak mandikan jenaxah aku!!! " Iman megerang kesakitan.

Dia baling semua barang yang ada atas meja solek di bilik kecilnya.

"Apa awak cakap Iman. Aku ni sape kat kau Iman. Selama aku jaga kau. Kau tak anggap aku macam family kau ke??" kata Qira sambil melihat tangan Iman yang berdarah. Dia perasan darah itu ketika dia baru balik dari kolej dan terdengar Iman melalak.

Dengan segera, dia mengambil tuala kecil dari biliknya dan ditekannya luka tersebut.

"Macam mana boleh jadi camni? " tanya Qira. Namun, ketika dia melihat cermin bedak kompek yang pecah.

'Macam mana boleh terpecah? Padahal dia ada cover tersendiri' getus hati Qira.

" Weiyhhh.. Kau pecahkan cermin ni ke???  Weiyhhh... Kau memang tak sayang nyawa betulla…

WANITA

Image
INDAHNYA SEORANG INSAN BERGELAR WANITA
malam melabuhkan tirai,tidak mampu berlama lamaanseorang insan bergelar wanitaberdiri gah di tepi aurmenantikan sang kumbangmenyinggahi malhligainya
cahaya bulan menerangi alambintang berkelipan tidak mampumenandingi wanitayang bertudung litup akhlak dijagasayangkan agama maruah dan keluarga
namunkita lihat pembuangan bayi,disana dan disinisehari ke seharibertambahlah anak dilahirkan tanpa dosadibuang merata

p/s: bukan nak merendahkan martabat wanita, even i'm a girl, kay!just sebagai peringatan..kita khalifah berada di bumi ini untuk memberi peringatan.

Kusiss Rockz!!

Image
Alhamdulillah, pika balik ke rumah dengan selamat.. kira-kira pukul4 lebih.... dh asar time tu.. Okay, Ya Allah.. Kalau hostel mesti banyak ragam ann??? Jumpa dormmate baru, classmate baru, homeroom baru and guru kelas baharu... Nak kena bayar itulah, inilah.. Okay, past!! Tapi ni cerita time birthday pika lak!! Kan birthday pika 12 Jan '14.. Hari Ahad.. Hari Ahad tu time Gotong Royong..So, kitorang free lah.. tapi pukul 8:30 tu ada perhimpunan sementara untuk agihkan tugasan dorm.. So,  lepas perjumpaan sementara tu pika cam mamai2 sikit.. So, pika ada kat antara dua kawan pika yang terlebih baik hati ni... Name: Anis and Sofia Cari lah gambar diorang sendiri.. hehe.. Back to the topic... Ya Allah, geram first2 sbb diorang kepit pika ketat2.. hala ke kolam kura2..